Wednesday, July 05, 2006

MISI baru bermula!!??

misi dalam ingatan.moga segala yg kukutip dalam misi mampu menjd attitude utk hari ini.moga amalan di misi tidak terhenti bersama majlis graduasi. bukan sekadar kenangan tapi kuperlu teruskan selama-lamanya.

apa yg misi benar2 melatih diriku:
  • nak makan masak sendiri :D
  • nak masak kena g pasar!! (duk umah, umi tlg pegi, nnt leh ngikut g skali eh,bkan duk dlm kete je =P)
  • solat berjemaah setiap waktu (ayok~ajak mereka bersama)
  • ada kumpulan quranic utk tadarus (kat umah, tadarus ngan adik2)
  • makan dalam talam (hmm~jimat air sbb xbyk pinggan, sabun pun jimat gak, ngan adik2 tlg suapkan diorg jelah..mana umi simpan talam?)
  • basuh lah baju anda sblm ia menjadi gunung sempot :") (masa misi, kene amik turn..)
  • isi masa ngan membaca (bukannya tgk tv~dush!!)
  • tidur awal, nnt leh bgn awal
  • mathurat 2kali sehari
  • solat dhuha (bila ingat..adeh)
  • mandi dgn kadar pantas
  • qailulah
  • bercakap dgn santun +_+
  • duit???
  • bgn pagi minum susu sblm sarapan (penangan nutrisi pemakanan..)
  • sayangi bahasa melayu dan gunakanlah tulisan jawi
  • hargailah masa bersama......Y_Y
cam kak MJ btau, berakhirnya misi inilah langkah pertama utk menjalankan misi yg sebenar.. ingatkan aku bila aku lupa.

Sunday, July 02, 2006

pasca PERKASA (26/6/06)

Memory: 260606

Perkasa sudah berakhir. Sgt meletihkan fizikal dan mental. Aku bukannya tak lasak, Cuma dah lama tak masuk aktiviti lasak. Last aku masuk hutan form4. seingat yg ingat lah. Last camping abih form 5 before masuk uia. Tapi, tuh camping tepi pantai.

Dah sampai di Baitul Islah, dalam kul 1pg. Terus landing tidor tak ingat dunia. Bila dah tersedar dah subuh pun. Solat pun dgn rukhsah yg dibenarkan. Kakiku tak berupaya utk duduk. Boleh berdiri dan melunjur je. Nikmat kaki yg ditarik utk seketika. Lepas subuh, rutin kami hari nih tak berjalan. Kesemuaanya masih dalam keadaan letih yg amat sangat. Termasuk aku.

Bila tersedar lagi, ada yg sudah berkerja keras utk membasuh uniform semalam yg eeei...kalah baju org gi menoreh getah. Aku nak join gak. Terbatas dek kakiku yg masih sakit. Tangguh dulu. Aku tau pakaian aku memang dah x macam baju aku pakai sebelum gi trekking.

Dalam 11 lebih, aku kuatkan jgk utk branch. Lapar jugak la. Makan apa yg ada je. Seusai makan, kak Rose menawarkan perkhidmatan mengurut kakiku. Hoho..sakit yg amat. Berkerut-kerut dahiku. Bila tak tahan sgt, jerit je lah. Dan, minyak2 panas, spt minyak Mestika yg warna ijau tuh amat laris.

PERKASA!!! hari ke 24 (25/6/06)

Memory: 250606

Perkasa bermula. Pukul 4.30 pg, kami berkumpul di balai raya Desa Saujana. Menuju ke destinasi yg aku tak tahu di mana. Konvoi 9 kereta. Ngantuk seh, tidur la jgak.

Kami berhenti di sebuah surau utk solat subuh. Kepekaan aku tak berfungsi dgn baik, sbb tak tahu apa nama tempat surau. Meneruskan perjalanan ke destinasi yg hanya fasi2 je tau. Kenderaan aku naiki dikemudi oleh k. Hamnah dan kami penumpang bertujuh. Jarak utk sampai di balai ketibaan tak lah jauh sgt, selama kami membaca Ma’thurat.

Sarapan. Kemudian main tali jumanji. Grup dapat no.2. kalah ngan grup ikhwah 3 langkah je. Diorg baring tuh panjang. Hahaha. Masa bertolak dah tiba, grup aku yg ke5 bergerak. Stage 1 tak teruk sgt. Cuma ada ketidakyakinan utk mencari point seterusnya. Bimbang sesat.

Bila dah sampai di empangan, masya Allah! Ada jugak ke pemandangan yg sebegini indah di watani? Release jap ketegangan yg baru nak membiak. Hmm~ terkesan gak bila org tak mengenali kita dan menyakiti kita. Dah la ada konflik idea sblm nih, nih kalo tak dihalang oleh akhawat lain, mahu tak aku terus berkata dgn emosional. Lupakan perkara yg tak de manfaat utk perjalanan ini.

Pencarian stage 2, bunga manggar yg bertulis Fawaz ♥ Syikin. Berjalan merentasi empangan. Masa tuh dah pukul 0945. masa nih memang penuh cabaran. Fizikal dan mental. Setiap kali letih, AWAN 9 dingap. Utk menyumbangkan tenaga.
Bagi aku, PERKASA ni just jalan-jalan je. Tak lah sehebat yg pernah aku lalui sebelum ni. Yg betul cabaran, perjalan selama 5 jam sehala. Tanpa henti. Yg aku risaukan jugak, ya Allah biarlah kasut aku nih selamat pergi dan balik.

Dah sampai di ‘the lost waterfall’ Perlus, sgt2 bersyukur dan kagum. Dalam hati aku berharap aku dapat sehebat air terjun tersebut yg tak pernah takut utk terjun. No words can express my feeling. Sgt teruja nak berendam kat dalamnya. Mula-mula cuci kasut yg penuh ngan lumpur dan mencari pacat. Sepanjang jalan masuk, aku ditemani seekor pacat. Eei, sgt geli. Gelikan darah dan pacat sendiri tuh. Sempat dan menjerit menyanyi lagu2 yg aku rasa nak jerit. Makan2. macam picnic. Lepas mandi dan buat apa yg patut, solat jamaah di atas batu. Cabul sgt mulut tgk ikhwah solat cam nak jatuh, bila aku yg duk situ, harap x jatuhla. Mau tak, jatuh terus dalam alur air tuh.

Menunggu masa bertolak balik. Tertidur jgk dalam kesejukan. Semualah, baju, tudung, seluar, stokin dan kasut. Menggigil. Kuatkan juga semangat utk kuar balik. Mendengar fasi yg berjalan depan aku, akhawat ada masalah attitude, terus je semangat nak kuar. Tambah2 lak kena sekali lagi ngan pacat. Tadi sebelah kanan, nih sebelah kiri lak, tempat yg sama. Garam tak de. Sabar je menahan kegelian. Eei, kaki yg dah letih dipaksa jugak melangkah dgn luasnya. Nak kuar. Sampai kena sound, jalan slow skit, tunggu org belakang. Iyerlah. Malas nak state dah seterusnya.

Jalan balik ke stage 1, kakiku dah tak bermaya. Jalan dah terencot-encot. Membantutkan perjalanan yg lain. Dah la gelap. Sampaikan kena stop comor minyak. Dah balik ke sekolah kebangsaan pomsom, aku baring sampai terlelap di kaki lima. Penatnya ya Allah.

Apa yg terlayar di mindaku, bila mengharungi trek yg banyak halangan, aku mendapat gambaran, beginilah jalan yg aku lalui sekarang utk menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran. Jalan dah ada, halangan juga ada, hanya org yg kuat fizikal mental atau dgn kata lain ada SPESIS mampu sampai ke puncak. Kadang2 trek tanpa lumpur, ada yg kena daki, ada yg kena gelungsur turun. Ada gak batang2 pokok, buluh, akar yg berserabut yg menyadung kakiku jatuh. Cedera atau tidak, aku perlu teruskan perjuangan. Bila lalu tempat yg lapang mulalah lupa diri. Memang sgt dekat ngan kehidupan hari-hariku.

Thursday, June 22, 2006

hari 9 (10/6/06)

Memory: 100606- Sabtu

Hard Rock Iman
Hari ini gotong royong atau khidmat masyarkat. Pagi2 kuar tanpa mandi, gi senamrobik ngan WADINA. Stamina tak mantap. Muda-muda dah semput. Isk. Malulah. Dah la kitorg lambat sampai, sbb tak jumpa tempat senamrobik. Dah tu, blah pulak cepat. Dah janji nak mulakan gotong royong dalam kul 9 pg. Hoho...byk sgt kerja yg kena buat utk menyusun balik balai raya dan pusat sumber Desa Saujana. Aku nampak cam, satu tempat je biasa tak de org nak buat. Basuh tandas. Erm~ buat je lah. Aku bekerjasama ngan kak Maryam J yg baru sampai lps kami senamrobik. Kat dalam pusat sumber ngan kat balai raya. Bukanlah kotor sgt, cam tak pernah guna je. Tapi sebab terbiar kot, itu yg pelik je... sgt tak sanggup nak basuh... akhirnya bersih jugak. tak perlulah aku state kattsini betapa bekerja keras kami nak mengembalikan warna asal lantai dan tandas tersebut. Jijik ke?
Dah penat sepagi bergotong royong membersihkan dua bangunan, balik la ke rumah dgn harapan nak topup tenaga utk aktiviti seterusnya. Malang tak berbau, mmg sesuai sgt gunakan ungkapan tersebut utk menggambarkan kehampaan kami bila gas memasak habis. Terpaksa lah jama’kan lunch ngan dinner malam karang. Kami kembali ke Desa Saujana utk khidmat masyarakat. Akhawat dipecahkan kpd 3 kumpulan. Ikhwah tak siap agi kerja2 yg sepatutnya selesai pd sesi pagi. Banyak kot kerja2 diorg. Aku nampak tak ramai pun ikhwah yg ada. Ikhwah MISI sendiri tak sampai 10 org. Teruskan cerita khidmat masyarakat yg mana grup aku ke rumah Ibu Ana. Dekat je ngan balai raya.
Tujuan kami ke sana utk buat memberikan khidmat. Sesampai depan rumah Ibu, lalu lah penjual aiskrim. Kami lapar~ dan sangat tertarik ngan aiskrim tuh. Apalagi, kami belilah dan duduk bersila dpn pagar rumah Ibu. Aku yakin, Ibu tak perasan pun. Dasat sungguh.
Dah masuk rumah Ibu, kami dah mati idea apa perkhidmatan yg boleh kami hulurkan. Rumah Ibu sgtlah kemas dan simple. Duduk bersembang ngan Ibu sambil melayani keletah anak bongsu Ibu, Iskandar. Akhirnya, kami masuk dapur utk goreng keropok utk dibawa balik ke balai raya.
3 tugas perlu dibahagikan. Mereka yg memasak perlu memasak. Kitorg lapar nih. Mereka yg perlu ke pasar utk membeli bahan dapur mingguan. Dan mereka yg membersihkan baitul-Islah B. Tandas lagi mangsaku! Ada cerita tak best. Kereta ust. Samsuri tak mahu hidup. Sampai malam, kitorg dah gelabah, camne nak gi Desa Saujana? Dahnya masa balik dr gotong royong pagi, kereta kak Roha kena tahan kat ICU. Apalah ujian utk akhawat? Kitorg cuak. Tapi mengatasinya spt melayani sitkom Senario. Sblm isya’ beberapa org kuar nak tolak kereta ust. Samsuri. Sambil gelak2. dah tu bersorak bila kereta tuh hidup. Seronok. Sedih. 8 hari MISI, 6 kereta berbakti utk kami, demi dakwah ini. Pantaskah aku berputus asa sbb ujian ini?

hari 8 (9/6/06)

Memory: 090606-Jumaat

Tag MISI’06

3 perkara paling best yg berlaku hari ini?
a- tazkirah subuh yg dikonduk oleh k. Azi, yg luar biasa. Tazkirah biasanya talk pendek. Pagi ni, kak Azi tak buat macam biasa. Lebih kpd aktiviti. Ye lah, lps subuh, pagi yg hening... ngantuk seh~motif k. Azi ialah mengembangkan taaruf. Firstnya, tulis nama, nama manja, fakulti & IPT. Kemudian 5 perkara yg aku nak org tahu pasal aku. Tukar ngan org lain, biar diorg tulis apa yg dia tahu pasal aku. Aku yg SELAMBA?=) 7hari dah bersama...
b- sampai gak turn aku utk masak utk baitul-Islah. Bertugas bersama ngan kak Salisa & kak Tiy. Kitorang masak nasi ayam. Ada pengalaman tolong umi, tapi, lain org lain cara diorg masak. Apepon, walaupun aku tak cekap masak, at least aku tau nak masak.hehehe...
c- Last thing buat aku rasa best, gi main-main kat taman permainan berhampiran ngan baitul-Islah. Tak de budak-budak main, so akulah pemainnya sambil2 berkongsi cerita ngan yg lain.

Saat paling meriah di baitul-Islah?
a- time baca ma’thurat.
b- Pasang langsir rumah. (i’m the spidergur!! =P)
c- Time nak gi program kat Desa Saujana. (check ur turn , wahaha..)
d- Time lepas makan, sblm basuh tgn...

Gambaran tentang syariat Islam?
Perlaksanaan hudud, yeyeah! Hmm~bukan la.maksudnya semua aktiviti harian individu, keluarga, masyarakat, negara, dan makhluk di bumi berlandaskan hukum Allah. Tidak lari dr yg ditetapkan oleh al-Khaliq. Dr sekecil-kecil amalan kutip sampah sehingga pentadbiran negara, sebesar-besar urusan. Semuanya dalam keadaan teratur berpandukan dusturul-karim. Di situlah tersembunyikan syariat Islam yg tidak terlakar di mata kasar. Belek balik Al-Quran dan fahaminya guna hati....

hari 7 (8/6/06)

Memory: 080606-Khamis
Harta Jasad: sahur- nasi goreng+ susu
Iftar- nasi+ ayam kicap (ikhwah masak) + sayur goreng+ kuah kacang dal telur
Buah-buahan+agar-agar purple

Hard Rock Iman
Semangat utk terus di sini makin berkobar-kobar apabila menyedari halusnya perancangan Allah hingga aku tercampak di sini. Bukan secara tiba-tiba. Syukran lillah. Terpilih. Kata keramat yg makin aku lupakan. Kerana terpilih itulah membentuk sahsiah diriku. Sejak di alam persekolahan aku sentiasa disogok dgn ungkapan terpilih. Mungkin terlambat aku nak mengakuinya. Baru ku menyedari. Lalu, apa yg kufaham spjg 5 hari di sini? Bermula dr kosong. Ya, aku mengosongkan jiwaku spt botol yg hanya terisi dgn ngan gas. Merelakan diri ini dikuarantin di desa ini. Dari hari ke hari spt permainan sukaneka mengisi air dalam botol menggunakan span. Spt itulah hatiku diisi dgn fikrah Islami yg perlu ada pada peribadi muslim. Sgt2 terancang, dr basic mudah, pengurusan hati yg mencetuskan pegangan tauhid ketuhanan yg kukuh utk meneruskan dakwah dalam masyarakat. Cari redha Allah walau apa rencana sekalipun. Itulah hati peribadi muslim yg sejati.

Soul of Ukhwah
K. Maryam J, K. Maryam Ai dan k. Ram menghilangkan diri.
k. Husna dan k.Aza kembali ke baitul-Islah.

hari 6 (7/6/06)

Memory: 070606- Rabu
Harta Jasad: sarapan- roti sapu kaya + majerin + Milo
Lunch n dinner- nasi+ikan kicap+ sayur goreng campur

Hard Rock Iman
Seronok. Belajar menjahit. Eh, tak jgk. Lebih kepada cara-cara nak buat baju. Baju kurung dan jubah. Eee~excited sangat. Tapi tak sempat siap. Tak pelah, at least dah ada knowledge how to do it. Tinggal nak praktikal je. Mmg skill sebab skill menjahit jgak aku memujuk diri utk hadir ke MISI’06. ituh zaman, sblm di basuh la. Aku ada intuition lain dah. Cuma bila ada yg sudi memberikan arah tuju, rasa seperti dipimpin bagaikan bdk2 yg baru berjalan.

hari 5 (6/6/06)

Memory: 060606-Selasa
Harta Jasad: tak ingat!!!

Hard Rock Iman
Attention for all mujaddid/ du’at/ muslims!!
2019-ﺪﻮﻟﺔﺍﺴﻼﻤﻳﺔ
MALAYSIA
13 YEARS TO GO
LI I’LAK KALIMATULLAH: LA ILAH ILLALLAH, MUHAMMAD ARRASULULLAH.

Walaupun ngantuk masa ustzh Arfah berbicara, aku terkesan sesuatu. Utk membina negara Islam, tanggungjawab tu bermula dr individu iaitu AKU!!!
" ﻮﺟﻬﺪﻭﺍ ﻔﻰ ﺍﻟﻟﻪ ﺍﻟﺤﻖ ﺟﻬﺎﺪﻩ

Soul of Ukhwah
Ada pertambahan aalul-bayt. K. Hamnah.
Ada tetamu: Yam, K. Khadijah Azman, Along and K. G

hari 4 (5/6/06)

Memory: 050606-Isnin
Harta Jasad: Sahur – Nasi goreng
Iftar- nasi putih + ikan kicap + buah-buahan

Hard Rock Iman
Puasa sunat hari Isnin. Satu rumah. Pagi-pagi lagi aku tak bermaya. Banyak yg bersarang di hati. Aku tak nampak jelas lagi, why I’m here? Adakah sekadar seorg peserta atau seorg menjalankan tanggungjawab utk mencapai objektif MISI semata-mata? Berselirat urat-urat dlm hatiku. Tambah-tambah lak aku teringatkan yg kerabatku sdg berkumpul di kampung meraikan kenduri pak cik ku. Bila diberi arahan utk memikirkan apakah keperluan akhawat dlm KARISMA, aku tak tau apa. Blurrrr. Jauhnya aku dr mereka. Isk, tak perlu melankolik sgt. Cuba jg menempatkan diri dalam situasi yg dilukis. Apa lak? Memang realiti di luar tempurung aku laa. Aku mencetuskan persoalan, pentingkah aku berada dalam gerakan atau dakwah? Haa, kan tetiba aku confuse lagi. Tak sukalah!!
Slot petang ni, amat bermakna. Perkongsian bersama dgn ust. Kamalussalam yg aku kenal sbg zauj muallimah Suwaibah, guru kelas aku masa form 1 dulu. Tapi, aku tak pernah mendengar talk dr ust. Salam. K. Arasy satu family dtg. Tak sempat bersembang pun, dlm slot. Bila slot abih, k. Arasy dah abih. Cara penyampaian ust. Salam, memang unik. Balik-balik kena diri sendiri. Soalan pertama yg ditanya: apa beza faquhu- faqihu. Itulah, ilmu dlm buku bukan dalam dada. Aku senyap je. Tahu dan tak tahu 50-50. Kira senjalah. Ust. Byk gunakan uslub balaghoh. Yg memerlukan otak aku berkerja keras utk menyiangkan apa yg ingin disampaikan. Mencabar. Mujahadah lah. Inni shaimun. Kesimpulan aku pada semua muqaddimah ust. Dr ptg ke mlm, manusia perlu jelas apa motif kewujudannya berada di bumi. Faham guna hati ke guna akal? Nak faham apa? Org faham ke org tahu yg hebat? Byk yg ust. Relatedkan dgn student life. Yg aku praktikkan, tapi sebenarnya tak lurus...alhamdulillah, ada yg mahu menunujukkan aku pada the right path. Memahami sebab dan musabab dlm kehidupan ini. Tak semestinya musabab itu link terus ngan sebab, kalau dah ketentuan Allah mmg dah tetap, kita harus bersyukur dan redha.
Aku btau la, aku as student, belajar utk apa? Selalunya aku cakap nak cari redha Allah. Ya ke? So, aku study lah dgn caraku. Camne? Nak exam sekalipun aku masih gi demo jalanan kat depan US Ambassy. Betul tak caraku tuh? Secara logiknya, masa study ku dah berkurangan. Kurang je lah, aku masih buat ulang kaji spt org lain. Pendek cerita, aku dah dapat natijah for that exam, apa yg aku dapat dah elok2. Cun. Ngam2. biasalah, aku tak terlepas spt manusia lain, menyalahkan diri sendiri, sbb gi demo, tuh psl aku tak leh buat better. Hmm~ tak bersyukur! Sesungguh Allah tak tgk natijah aku dpt, tapi yg dikira setiap usaha yg aku lakukan. Hanya manusia yg menghukum pd yg nampak di mata mereka. Mata siapa yg lebih adil? Hati siapa yg ingin dipuasin?

Soul of Ukhwah
Aalul-bayt baru: k. Khadijah dr melaka.

hari 3 (4/6/06)

Memory: 040606-Ahad
Harta Jasad: breakfast-Mihun goreng+kuih badak n bingka (recook)+ kopi O
Lunch n dinner: nasi campur

Hard Rock Iman
Sehabis sarapan, kami mula bergerak ke balai raya Desa Saujana dgn dua kereta, iaitu k. Ram and k. Roha. I have no idea what will happen next? Apepon, aku terpegun, terkesima and seme perkataan yg boleh menterjemah rasa takjub pd cerita yg disampaikan Mak Cik Azma about Aa Gym. Darul Tauhid. Subhanallah. Rasa cam nak gi je tempat tu. Jahil betul rasa diri sbb tak mengetahui adanya tempat yg mengimarah syariat Islam. Seingat aku, sejak aku meninggalkan sekolah, aku selalu berangan utk mewujudkan bia’ah solehah di tempat aku. Asalnya, aku mengantuk. Bila tau angan-anganku dah jadi realiti, gembira yg amat sangat. Yg aku tak mampu aku luahkan. Oho, tajuk talk Mak Cik Azma sebnarnya mengenai Manajemen Qalb. Yg terkesan di hatiku, mulalah dgn perkara yg mudah, semudah amalan. Spt, kutip sampah, susun kasut. Walaupun nampak remeh, kalau tak dibiasakan, tiada amalan berterusan, tiadalah pahala. Dan di situ secara tak langsung boleh gak menjalankan dakwah melalui tauladan. Yg penting ikhlas dan seterusnya istiqamah.
Slot petang, tajuk best. Yg menukarkan 360’ darjah persepsi aku mengenai diet. Aha, bila nak makan, considerlah pasal jus gaster dalam perut. Panel, Pn. Nureen, membongkarkan pd kami about keistimewaan susu dan kurma. Makanan yg paling sesuai utk dimasukkan dlm perut bila time lapar-sarapan dan iftar.(O’o, aku terasa lapar lak tiba2.)

hari 2 (3/6/06)

3 jun-
Memory: 030606-Sabtu
Harta Jasad: sarapan n lunch- nasi lemak+ tea O+ kuih bingka n kuih badak
Dinner- nasi campur

Hard Rock Iman
Bertolak dr Tadika As-syams ke penempatan peserta MISI’06. Rombongan akhawat, 5 kereta sarat dgn keperluan utk dikuarantinkan selama sebulan. Aku? Sebuah beg 85cm x 50cm, bag-pack dan bantal. (penuh jugaklah bonet kereta Kancil Kak Wardah.)
Tiba di Desa Saujana- Balai Raya agak lambat disebabkan ketidaktahuan tempat secara spesifik. Setelah semua peserta tiba di tempat di tempat yg akan berlangsungnya Majlis Perasmian Mukhayyam Intensif Siswa-Siswi Islah 2006. Anjuran KARISMA dan JIM dgn kerjasama Persatuan Penduduk Desa Saujana (PPDS) dan Ahli Surau Desa Saujana. (Masuk dewan barulah aku tahu MISI06 stands for what.)
(Malas nak cerita apa yg berlaku dlm majlis tuh, just cam biase, ucapan-ucapan dan ucapan…bla..bla..bla…)
Masuk rumah bertempat di Desa Mekar. (ok, not bad...)3 bilik, 2 bilik air. Basuh rumah dgn sebersih-bersihnya secara gotong-royong. Yieha~ main air. (Aku amik tugas basuh tandas...hmm~) Dah siap sapu, lap, kering, kami mula membahagikan ahli rumah utk di masukkan ke bilik 1, 2 dan 3. Barang keperluan rumah disediakan dan sampai sebaik kami usai mengemas barang-barang kami. Dapur, gas memasak, peti ais, mesin basuh baju. Rice cooker, kettle, rak pinggan, baldi, penyapu-semua jenis, sabun-selain toileteries masing-masing. Tikar, cupboard, comforter( hmm, byk la...pendek cite, semua keperluan org baru masuk rumah baru.)
Hari ni, lebih kepada menyusun atur kedudukan rumah dan ahli rumah. Tanzim aalil-bayt dibentuk, pilih ketua: kak Rose dan bendahari:Fatimah. Petang sesi memenuhkan peti ais dan dapur supaya berasap kemudian hari. 8 org aalul-bayt menaiki 2 kereta bergerak ke pasar malam di Fasa 1. Kami berpecah utk mencari bahan-bahan masakan-kering dan basah.
Aku menimba pengalaman memilih bahan basah- ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ilmu yg tahu perlu digunakan: pilih ikan yg segar. Ciri-ciri segar, mata ikan tuh masih jernih dan tak merah. Check insang ikan, yg merah tuh elok, kalo pucat tuh, baik tak pilih. Lama kemain nak pilih ikan, punyalah berhati-hati aku ngan kak Maryam J. Nak pulak beli utk 13 org 2x makan. 26 ekor tak silap. Pilih ayam, tak lama sangat, for me, aku tak pilih yg kecik sgt, tak besar sgt. Aku tak suka ayam besar, daging keras! Cari sayur. Cari buah. Next tips, pilih buah oren sunkist. Nak yg manis, biizniLlah, yg ada benjol kat bawah. Betul ke tak balik rumah kita test.
Barang yg lain, aku tak nak cerita, sbb bukan aku yg beli. Al-kisahnya, hari ini, kami blm mula memasak lagi. Masih disaji makanan oleh PIC program. Malamnya, kami bertadarus semua ahli rumah membacakan surah al-Baqarah dr awal hingga akhir. Salah satu surah yg dianjurkan apabila memasuki rumah yg lama tidak berpenghuni. Tersengguk jugak nak habiskan satu surah ni.
Deep inside, aku tahu aku sedang meniti pengalaman baru yg bakal menjadi kenangan selepas MISI06 berakhir. Seronok. Itu yg boleh diluahkan seiring dgn yg kurasa. Sedikit cuak terselit gak, macam mana nak menghadapi hari seterusnya?

Soul of Ukhwah
Aalil-bayt: kak Rose (kapten kapal), kak Roha & kak Ram (supirah=)), kak Maryam J(photographer), kak Maryam A, k. Aza, k. Husna, k. Sya, k. Nazihah, k. Sal, k. Azi, k. Asmaa’

Support team: Mak cik Ton, k. Lin, Mukinah, Ma’alimMunirah, k. Wardah, dan special thankz to Wanita Desa Saujana (WADINA).

hari 1 (2/6/06)

2 jun- MISI’06 melambai. Langkah pertamaku, bertolak dari kota bharu ke bangi. Daerahku ini, kutinggalkan lagi dgn bermacam rasa. Ada semangat ingin berubah. Ada juga rasa terkilan, sbb aku akan terlepas beberapa program reunion bersama rakan-rakan semasa zaman persekolahanku. Sedih kerana tidak sempat bertemu ayah yg masih belum pulang dr Johor. Oho, sungguh melankolik. Aku pergi utk mujahadah bukan suka-suka. Umi menaruh harapan pdku. Aku tahu..